Pages

Wednesday, November 4, 2009

usrah, , jemaah dan daulah islamiyah


Sahabat2 wa sahabiah sekalian.. alhamdulillah pertama dan selamanye ana bersyukur pd Allah yg Maha Agung yg mustahil ade cela pd Nya kerana ana terpilih dan masih kekal berada dlm kumpulan yg ana kira memenuhi serta memiliki ciri-ciri yg dikehendaki oleh agama Allah.. Betapa pentingnya usrah dan jemaah islam ini wujud.. sehinggakan ia mnjadi tahap wajib.. kerana apa..kerana masih belum tersedianya daulah islamiyah.. mengikut kaedah usul fiqh.. Sesuatu yang wajib itu tidak akan jadi sempurna, melainkan dengan adanya perkara lain yang akan menyempurnakan kewajiban itu'. contoh yg biasa kite ketahui..wuduk dan solat.. solat itu wajib manakala wuduk itu sunat.. bagaimanapun hendak tunaikan solat itu perlu pd wuduk..maka wuduk itu hukumnya berubah menjadi wajib..justeru hukum mencari air juga menjadi wajib..mcmne nak dapat kan air? kena masukkan talian air ke rumah atau gali telaga..sekiranya duit xde nak masukkan talian air..maka bekerja mencari duit menjadi wajib supaya air itu dapat disalurkan..begitulah sahabat2 wa sahabiah sekalian..bilamana sesuatu yg menjadi wajib itu perlu dilaksanakan maka perkara2 yang membawa kepadanya turut akan menjadi wajib.. begitulah juga dgn usrah dan jemaah dlm pembentukan daulah islamiyah.. mewujudkan daulah islamiyah itu wajib maka segala proses yang membawa kpd pembentukan daulah islamiyah itu menjadi wajib.. fokus pada usrah.. mewujudkan usrah itu sunat manakala daulah islamiyah itu wajib.. mcmna nak bentuk daulah islamiya sekiranya tiada kumpulan yg mengerakkan ke arah itu..kerna mustahil daulah islamiyah itu wujud dengan bersahaja tanpa usaha dan perancangan.. so usrah itu menjadi wajib dlm usaha membentuk kumpulan yg menggerakan ke arah pembentukan daulah islamiyah..seterusnya mencari ahli usrah juga sudah pastinye menjadi wajib.. begitu lah sahabt sekalian..sekadar menanam kefahaman akan ape yg sedang shbt2 usahakan.. sentiasalah kite merasai kebersamaan Allah dlm diri serta meyakini akan balasan Allah atas usaha kecil yg kite lakukan ini...semoga kite terus tetap hati di 'halaman' ini yg tentunye menjanjikn syurga dan keindahan yg abadi dan tidak akan sekali-kali berbolak balik ke halaman yg menjauhkn kite dr perjuangan ini.. TAKBIRRRRRR!!!!!!!!!

Tuesday, November 3, 2009

Selamat Menduduki Exam



Pelajaran nombor one Dakwah not nombor two. Saudara-saudariku but yang terbaik untuk exam kali ini.Jangan jadikan ia fitnah kepada kita yang sering buat kerja agama. Buktikan kita yang ikut usrah adalah yang terbaik di antara yang terbaik. saya sengaja meletakkan gambar tokoh-tokoh gerakan Islam supaya menjadi inspirasi dalam jihad menuntut ilmu(exam) dan jadi yang the best. Jangan mudah putus asa. Allah bersama kita... Dekat diri padaNya. Insya Allah kita semua akan berjaya

Selamat Menuju Puncak Kejayaan !!!

Wednesday, August 12, 2009

Selamat BerPBS


Selamat ber PBS kepada teman - teman yang akan berPBS pada 16 dan 17 - 20 dan 21 Ogos 2009. Moga succes dapat amanah yang dipikul...

Thursday, July 9, 2009

Aktivis PBS

Ketika penggambaran movie " Insya Allah"



Bersama Tuan Guru Zulkifli Ismail, Baitul Qura'


Bersama diantara tokoh pemidato yang dikagumi



Tuesday, February 3, 2009

Selamat Hari Lahir kpd sahabat yang lahir ...


Selamat Hari Lahir kpd sahabat yang lahir pada Bulan Januari dan Februari..

Berjuanglah menuju mardhatillah..Tegakkan Islam..!!

Berjuanglah dalam satu barisan yg tersusun kukuh..

Ayuh boikot!!

Salam perjuangan..

Salam buat sahabat..ana mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mengurus dan berkongsi ilmu dalam blog ini...walaupun ni lah pertama kali ana menggunakan blog,tetapi ana akan cuba untuk sama-sama memberi komitment dalam meneruskan agenda perjuangan kita.Ana juga mohon maaf kerana terpaksa delete organisasi blog batch ini kerana kita perlu ada konsep sir wa hazar dimana sahaja walaupun dlm blog..harap sahabat semua maklum..Mengenai taqwim kite, ana minta sahabat yang tulis semua perancangan yang kita bincang pada KOHAMIP 08 pos kepada ana kerana ana nak semak dan nak susun dulu..kemudian ana akan bincang dgn sahabat lagi..

Kepada sahabat kita yg repeat paper exam lalu ,marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan mereka dan dapat meneruskan pengajian sekaligus meneruskan perjuangan kita..TAKBIR !!!
Teruskan melangkah,jangan berundur ibarat tentera BADAR 313 org..wassalam..

Dakwah bukan jalan mudah,bukan jalan hidup mewah

Dakwah Bukan Jalan Mudah, Bukan Jalan Hidup MewahOct 15, '08 2:27 PM
for everyone
Assalamualaikum WBT.

Kita sesedap mulut mengguna istilah dakwah. Tapi pernah kita periksa benarkah kita berdakwah?

Kita kata kita pendakwah, tapi dalam paper sebut apa salah pendakwah demand ceramah bayaran RM 6000-RM10 000.

Kalau nak hidup mewah, pergilah berniaga, jadi ahli korporat.

Alasan dia sebab jadi pendakwah sepenuh masa? Siapa suruh jadi sepenuh masa, siapa suruh jadikan dakwah tu pekerjaan untuk cari rezeki.

Kawan-kawan karkun tabligh kita berdakwah jua, tapi adake mereka jadikan keluar di jalan Allah tu untuk cari duit?

Aku tak kata jangan bayar ustaz-ustaz yang berceramah. Yang aku marah ustaz-ustaz yang demand, campaklah title pendakwah tu dalam longkang. Jangan nak jual nama dakwah untuk kemewahan hidup. Toksah berlagak konon pendakwah sepenuh masa, RM6000 satu jam ceramah apa kejadah!

Dakwah bukan tempat cari duit! Aku tak marah cari rezeki dengan mengajar ilmu agama, aku tak kisah bila bayarannya setimpal. Kalau takat sebulan dapat income RM 2000-RM 3000 sebab mengajar orang, aku tak kisah. Yang penting jangan demand! Dan jangan letak harga bukan-bukan sampai RM6000 sejam.

Apa ilmu agama ni untuk orang-orang kaya? Habis tu orang asli dalam hutan nak campak mana. Adik-adik yang pergi sekolah takde duit belanja nak campak mana? Makan nasi kosong berlauk ikan kering nak campak mana?

Sahabat-sahabat nabi dulu ada ke jadi kaya raya sebab buat kerja dakwah?

Kita tak marah orang nak bayar, tapi kita marah bila manusia yang memasang title dakwah pada aktiviti agama start demanding macam-macam. Bila tak dapat, mulalah tak nak hadir program, tak nak hadir ceramah, kalau yang selalu ikut jadi fasi kem-kem, mulalah berat nak jadi fasi.

Pasti ada yang jawab, kita perlu duit. Aku pun perlu duit, aku tak kata kita tak perlu duit, tapi jalan mana cara nak dapat duit. Aku tengok kawan-kawan aku yang karkun, keluar 3 hari, kadangkala 10 hari, mereka ni dapat elaunke? Tambang bas mereka ada orang bayarke?

Kalau mahu jadi dai'e, buatlah cara mahu jadi dai;e. Aku tak suruh buang harta, buang duit. Tapi sendiri fikir, bandingkan diri dengan kawan-kawan kita yang buat kerja dakwah, tak dapat elaun, segala belanja guna duit sendiri. Bandingkanlah dengan diri kita, apakah diri kita sanggup buat macam tu? Sanggupkah kita?

Jauh lagi kalau nak banding dengan dakwah para sahabat. Dakwah yang memakan nyawa para sahabat, tragedi Raji'e yang mengorbankan nyawa dan menumpahkan darah para sahabat di atas pengkhianatan golongan munafiq. Mereka korbankan nyawa dan darah! Kita?

Peristiwa sirah di mana penghafaz-penghafaz al-Quran yang terbunuh dalam misi dakwah. Bandingkan dengan diri kita. Di mana kedudukan kita?

Di mana silap tarbiyah kita hingga kita berat nak keluar duit sendiri di jalan dakwah. Di mana silap didikan kita hingga kita memikirkan tambang bas untuk kegiatan dakwah perlu ditanggung orang lain. Mana sirah sahabat yang kita agung-agungkan. Kat mana kita campak kisah-kisah sirah ini.

Nak duit! Orang bagi ambillah, tapi jangan bermasam muka kalau orang tak bagi. Nak banyak duit waktu cuti ni, pergi kerja kontrak, gaji RM50 sehari. Pergi rajin tulis-tulis artikel hantar dalam majalah. Kalau pandai tulis novel gilah buat novel, hantar kat syarikat penerbitan. Demandlah harga yang kita nak.

Pantang aku orang mengaku pendakwah sepenuh masa, pastu demand macam-macam bila dijemput bagi ceramah. Sepenuh masa hapa, kira 24 jam sehari tu, berapa penuh masa dakwah sampai sejam kena bayar RM6000.

Jangan dihina kerja-kerja dakwah ini dengan najis duitan.

p/s: Tapi pihak masjid, penganjur juga janganlah menjadi kedekut dengan mengagung-agungkan duit yang banyak di dalam akaun masjid. Bila meeting hujung tahun bangga, hah tengok duit tabung dalam akaun masjid banyak beribu-ribu. Tapi bila nak buat program agama di masjid punya payah nak bagi dana. Nak panggil ustaz berceramah pun punya payah, sebab kedekut nak bayar. Orang nak buat aktiviti untuk budak-budak di masjid, terpaksa jadi peminta sedekah, mengemis di sana sini. Entah apa nak dibuat dengan duit beribu di dalam akaun itu kita pun tak tahu.

Wallahu'alam.

Virus Ukhuwwah

Virus-virus Ukhuwwah

Ukhuwwah Seorang sahabat adalah manusia, dia itu dirimu, hanya saja ia adalah orang lain…

sekilas lalu,virus2 ukhuwah ini adalah seperti berikut:

1) tamak akan kenikmatan dunia (20:131)

“seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.” (hadis Nabi)

2) lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama

“tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”(hadis Nabi)tidakkah kau tahu; kadang air itu busuk baunya walau warnanya tetap jernih

hadis Nabi: ..agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah.

3) tidak santun dalam berbicara-suara tinggi/kata-kata kasar(31:19)

-tidak mendengar sarannya, enggan menatapnya ketika bicara atau mberi salam, tidak menghargai keberadaannya

-bergurau secara berlebihankelembutan adalah anugerah, ucapan paling baik adalah kejujuran

sedang bergurau secara berlebihan merupakan kunci segala permusuhan

-sering mendebat dan membantah

“sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah.” (hadis nabi)

-kritikan keras yang melukai perasaan

4) sikap acuh(59:9)

…rindu, kedekatan, dan kehangatan perasaan adalah ibarat bahan bakar yang menyalakan ukhuwah abadi, menambah gelora semangat, dan meringankan segala beban yang ditanggung….aku hairan, mengapa selalu merindukan mereka

menanyakan keadaannya kepada setiap orang yang ku temui

padahal mereka di sini bersamaku

mataku mencari mereka ke sana kemari

padahal mereka ada di dekat pelupuknya

hatiku bergejolak merindukan mereka

padahal mereka ada di antara tulang rusukku

sekalipun wajahku tak dapat menatapmu lagi

namun cinta dan ukhuwah tidak akan pernah sirna

aku tidak akan berhenti memujimu

dari kejauhan, bersama untaian doa

jiwaku akan selalu merindukanmu

bersua bersama penuh ketulusan dan cinta

jiwaku adalah jiwaku,jiwaku adalah jiwanya

hasratnya adalah hasratku, hasratku adalah hasratnya

5) mengadakan perbicaraan rahsia (58:10)

“jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yg lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih.”(hadis Nabi)

6) keras kepala, enggan menerima nasihat dan saran

“cukuplah seseorang dinyatakan buruk, jika ia mengejek saudaranya sesama Muslim.”( hadis Nabi)

7) sering membantah, berbeza sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar

“ruh ruh itu bagaikan bala tentera, jika mereka saling kenal, maka akan bersatu. Namun jika tidak saling kenal, maka akan berselisih.” (hadis Nabi)

8) memberi teguran di depan orang lain

…penyebab cepat pudarnya rasa cinta dan mudah menanam bibit-bibit permusuhan…

9) sering menegur, tidak toleran, cenderung negative thinking, enggan memaafkan

terimalah sahabatmu dengan segala kekurangannya

sebagaimana kebaikan mesti diterima walau kecil wujudnya

terimalah sahabatmu kerana jika ia menyakiti

lain kali ia membahagiakansiapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat

“seorang suami yang Mukmin tidak akan memarahi isterinya yang Mukminah, apabila ia tidak suka terhadap sebagian perangai isterinya, maka ia akan menyukai perangainya yang lain.”(hadis Nabi)

jika tak menegur bererti tiada cinta

cinta tetap bertahan selama ada teguran*

banyak yang tinggal jauh namun ia dekat dihati

banyak orang yang tinggal berdekatan namun hatimu tak mampu menyukai

apalah erti jauh dan dekat melainkan hanya permasalahan nurani

10) mudah percaya terhadap orang yang-orang yang mengadu domba dan memendam dengki

…orang2 yang dipertemukan oleh Allah dalam sebuah jalinan ukhuwah harus yakin bahawa satu sama lainnya saling mencintai dengan penuh ketulusan yang muncul dari nurani yang paling dalam. Hubungan yang telus seperti itu tidak mungkin dapat tersentuh oleh tangan tangan dengki, apalagi sampai dapat dihancurkan…(8:63)

11) membuka rahsia

…jadikanlah semua yang anda ketahui tentang dirinya sebagai amanat yang tidak boleh dibuka kecuali jika ia mengizinkan…

12) mengikuti prasangka(49:12)

orang Mukmin selalu mencari alasan agar boleh memaafkan, sementara orang munafik selalu mencari cari kesalahan.

13) mencampuri masalah peribadi

“diantara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya.” (hadis Nabi)

14) egois, sombong, tidak empati…

“siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya. Siapa yang menolong seorang Mukmin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.” (hadis Nabi)setiap sahabat selalu dekat dikala senang

namun sahabat sejati adalah yang tetap menemani

ketika penderitaan menimpa

15) menutup diri, berlebihan, membebani, dan menghitung hitung kebaikannya kepadamu

carilah sahabat yang akan kau beri ketulusan dan hak hak ukhuwah, bukannya yang kau harapkan menerima sesuatu darinya

16) enggan mengungkapkan perasaan cinta,…

“jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”(hadis Nabi)

17) melupakannya kerana sibuk mengurusi orang lain dan kurang setia

orang yang tidak boleh membuktikan cintanya kepada sahabat lama tidak akan mampu membangun cinta dengan sahabat baru

18) suka menonjolkan kelebihan peribadi,…

jika seorang daie mendermakan dakwahnya hanya untuk Allah semata, bukan untuk kepentingan peribadi, masalah2 biasa tidak akan berubah menjadi problema besar atau malapetaka…

19) mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat

“tanda tanda munafik ada tiga; jika berkata ia berdusta, jika berjanji ia mengingkari, dan jika dipercaya, ia berkhianat.”(hadis Nabi)

20) selalu menceritakan perkara yang membangkitkan kesedihannya dan suka menyampaikan berita yang membuatnya resah.

21) terlalu cinta

“cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu saat nanti.”(hadis Nabi)

insya Allah, seizinnya..mari reflek diri..kerana sesungguhnya, tahap terendah adalah untuk berlapang dada sesama kita..n tingkat tertinggi pula, adalah untuk melebihkan mereka, lebih dari diri kita sendiri…

Sunday, February 1, 2009

ASSALAMUALAIKUM...


ALHAMDULILLAH, akhirnya dpt jgk blog ni diwujudkan. syukran ana ucapkan kepada sahabat2 yg banyak memainkan komitmen dalam pengurusan blog ini. ana selaku amirah bagi batch ambilan 07 mengalu-alukan renspon dan pandangan sahabat2 sekalian bagi memantapkan lagi perkongsian ilmu di blog ini. besar juga harapan ana agar kita semua dapat menyumbangkan sesuatu untuk batch ambilan 07 samada dari segi buah fikiran atau sebagainya. akhir kata daripada ana, marilah sama2 kita mengikat ukhwah walaupun berlainan IPG dan kewujudan blog ini merupakan satu medium untuk kita saling berukhwah dan sayang menyayangi antara satu sama lain. salam ukhwah Islamiah!!

  • dari: Siti Asmani Mustapha/ bley panggil ima je
  • Institut Perguruan Ipoh
  • (AMIRAH)


Saturday, January 3, 2009

Ta'liful Qulbu

Perpaduan hati merupakan asas awal yang mesti ada dalam proses pembentukan ukhuwwah, sebab hati(Qulbu) merupakan sumber gerak & sikap seseorang dalam menilai, memilih, mencintai dan membenci orang lain. Bila hati telah terpaut dan jiwa telah terpadu, barulah persaudaraan seseorang dengan yang lainnya berjalan, bersih dan penuh rasa kasih.

Hati manusia hanya disatukan secara murni dan bersih apabila bermuara pada satu simpul ikatan yang fitrah. Simpulan tali itu adalah aqidah. Inilah satu - satunya dasar berpijak, bertemu dan pengikat yang utuh dan abadi....

MENCARI KEDAMAIAN