Pages

Wednesday, November 10, 2010

Jom istighfar...


Salam ukhuwwah...musim-musim exam ni elok kita banyakkan istighfar...hati bersih,jiwa tenang,jawapan hebat...amalkan istighfar setiap hari sehingga hembusan nafas terakhir...wassalam....

Selamat menjalani Peperiksaan semua sahabat....

Semoga beroleh ketenangan untuk ulangkaji dan menjawab exam...sedikit tips untuk dikongsi, amalkan membaca surah Al Waqiah malam sebelum exam.InsyaAllah. Terima kasih kepada semua sahabat yang memberi ilmu dalam blog ini.Semoga akan datang,kita dapat update blog ini lebih kerap daripada post di wall di FACEBOOK.wassalam

Sunday, July 4, 2010

assalamualaikum sahabat2...

bismillahirahmanirahim...

kepada sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita sama2 kita meriahkan blog ni dengan pengisian yang berfaedah dan bermanfaat. blog ini merupakan medium untuk kita sama-sama mengikat ukhwah yang kian pudar...ayuh!! gegarkan dakwah dan mantapkan ukhwah...semuanya bermula di sini....

admin prihatin...

Tuesday, June 29, 2010

Kelebihan Berselawat

Sufyan As Sauri menceritakan :

Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah saw. Saya mendekatinya lalu bertanya: "Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan." Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.

Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku" aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesautu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.

Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia dating tadi.

Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta penerangan lagi.

"Muhhamad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.

"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.

Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.

BERKAT SELAWAT

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Dalam satu cerita yang lain mengenai perkara selawat juga, bahawa seorang wanita telah bermimpikan anaknya yang baru mati. Dilihatnya anaknya sedang disiksa dengan amat berat sekali.

maka wanita itu sangat sedih ketika meningatkan mimpi yang dilihatnya, dan dia terus menangis dan menangis memohon ALLAH agar diampunkan dosa anaknya itu.

Sekali peristiwa sedang dia berada di kuburan anaknya itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang compang-camping keadaannya. Dia berdiri dihadapan kubur-kubur itu, lalu berselawat keatas Nabi saw, sebanyak-banyaknya kemudian dia menghadiahkan pahalanya kepada sekalian ahli kubur di situ, dan dia pun pergi.

Pada malamnya, wanita itu bermimpi lagi akan anaknya, dan kali ini mimpinya agak berlainan sedikit. Iaitu dilihatnya anaknya sedang dalam cahaya dan bahagia mengecap segala kenikmatan ALLAH. Maka wanita itu bertanya kepada anaknya tentang perubahan nasib yang diterimanya sekarang, apa sebabnya?

Lalu anak itu memberitahu bahawa semua itu ialah kerana berkat selawat orang salih yang baru datang ke kuburan itu, yang telah berselawat ke atas Nabi saw, lalu dihadiahkan pahala selawatnya itu kepada sekalian ahli kubur, dan nasibnya dari pahala itulah telah mendapat segala kebahagian yang di kecapi sekarang ini.

Moral: Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah agar mendapat syafaatnya di dunia dan di akhirat, Insyaallah.

SYAFAAT UTK MALAIKAT

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Pada saat Rasulullah saw dimikrajkan, beliau melihat berbagai macam keanihan. Di antaranya baginda melihat satu malaikat yang dibakar oleh ALLAH swt.

Nabi bertanya kepada Jibril as,

"Mengapa ia dibakar?"

Dijawab oleh Jibril as,

"ALLAH mengutus dia ke sebuah negeri untuk menghancurkan penduduknya. Tetapi ia tidak jadi melakukannya kerana merasa hiba dan sedih terhadap seorang bayi yang masih menyusui di negeri itu. ALLAH lalu menghukumnya."

"Tahukah kau wahai Jibril, apakah dia boleh bertaubat," tanya Rasul lagi.

"Bukankah ALLAH menurunkanayat kepadamu, bahawa Dia maha pengampun bagi sesiapa saja yang bertaubat," demikian jawab Jibril as.

Selesai mendengar jawapan Jibril as, Nabi lantas memohon taubat kepada ALLAH untuk malaikat itu.

Dan ALLAH menjawab bahawa malaikat itu harus membawa selawat 10 kali kepada Rasulullah, barulah ia dilepas dari hukuman.

Di langit, para malaikat gempar mempercakapkan bahawa ALLAH swt telah merahmati malaikat Karubiyyun berkat selawat kepada Rasul-Nya Muhammad saw.

KELEBIHAN SELAWAT

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kelahiran Rabiatul Adawiah

Pada malam Rabiah dilahirkan, ayahnya tidak mempunyai setitik minyak pun untuk menerangi rumah. Ia juga tidak mempunyai kain selimut untuk menyelimut Rabiah. Ayah Rabiah mempunyai 3 orang puteri dan Rabiah merupakan puterinya yang keempat. Dalam keadaan dingin di waktu malam, ayanya telah bermimpi melihat Nabi saw. Nabi saw berkata,

"Janganlah engkau bersedih hati kerana bayi perempuan yang baru dilahirkan itu adalah ratu kaum wanita dan akan menjadi penegah bagi 70 ribu orang diantara kaumku. Esok pergilah engkau mengadap Isa Az Zadan gabenor Basrah. Di atas sehelai kertas, tuliskan kata-kata berikut ini; setiap malam engkau mengirimkan selawat seratus kali kepadaku dan setiap malam jumaat empat ratus kali. Kelmarin adalah malam jumaat tetapi engkau lupa melakukannya. Sebagai penebus kelalaian mu itu berikanlah kepada org ini 400 dinar yang telah engkau perolehi secara halal."

Ketika terjaga dari tidur, ayah Rabiah menangis. Ia pun bangkit dan menulis seperti yang telah dipesankan Nabi saw kepadanya dan mengirimkannya kepada gabenor melalui pengurus rumahtangga istana.

"Berikanlah dua ribu dinar kepada orang-orang miskin, kata gabenor tersebut setelah selesai membaca surat itu. "Dan berikan 400 dinar kepada orang ini, katakan padanya bahawa aku harap engkau datang kepadaku supaya aku dapat melihat wajahmu. Namun demikian, tidak wajarlah engkau mengadapku sepatutnya akulah yang datang berjumpa denganmu."

Dipetik dari buku berjudul "Wasiat Orang Soleh"


Saturday, March 27, 2010

Memahami Politik Dalam Islam - Fiqh al Siyasah - oleh Dr. Yusuf al Qaradawi (III)


Memahami Politik Dalam Islam - Fiqh al Siyasah - oleh Dr. Yusuf al Qaradawi (III)

Memahami Politik Dalam Islam - Fiqh al Siyasah
(Diadaptasi dan disusun semula daripada buku Fiqh al-Dawlah
oleh Profesor Dr. Yusuf al Qaradawi]



3. Adakah Islam perlu kepada kebebasan politik? Sejauh manakah kebebasan politik itu perlu dalam menegakkan Islam ?

Kebebasan Politik

Kebebasan politik merupakan perkara yang amat kita perlukan pada masa ini. Islam sentiasa diberi nafas baru, risalah Islam perlu disebar luas, kebangkitan dan gema panggilan kepada Islam perlu sentiasa didengar oleh semua manusia meskipun jika Islam hanya memiliki ruang kebebasan yang amat terhad. Dengan sebab itulah maka perjuangan kita yang pertama ialah bahawa orang Islam hendaklah bekerja keras ke arah mendapatkan kebebasan politik supaya mesej dakwah, risalah tauhid, kesedaran beragama dapat disebarluaskan dan gerakan-gerakan Islam dapat diwujudkan.

Demokrasi yang sebenar bukankan merupakan platform untuk si pemimpin yang zalim dan konco-konco/kroni mereka melepaskan kerakusan nafsu serakah mereka semahunya, dan bukan juga tempat untuk mereka menyumbat penentang, orang yang tidak sealiran, dan yang berbeza pendapat dengan mereka ke dalam penjara, dan bukan tempat mengurung orang yang tidak sebulu dan tidak sehaluan dengan fahaman si pemerintah dan kroni berkenaan.

Demokrasi adalah satu cara termudah dan dikira serasi bagi mencapai matlamat sebuah kehidupan yang terhormat, yang mampu mengajak manusia kepada Allah dan Islam, yang mampu mengajak manusia kepada Iman tanpa jiwa kita terpenjara dan jasad kita terancam dengan tali gantung. Ia merupakan ruang untuk rakyat sesebuah negara yang bebas dan dihormati memilih dan menilai pemerintah, menukar kerajaan tanpa rampasan kuasa dan tanpa pertumpahan darah.

Dari segi teori, cara dan sistem yang kelihatan asing itu boleh diterima pakai jika ia mendatangkan manfaat kepada kita selagi ia tidak bertentangan dengan perintah yang jelas dalam agama dan Syariah. Kita nilai, kita pinda selaras dengan semangat kita. Kita jangan menerima pakai falsafahnya, dan kita jangan membenarkan hal-hal yang diharamkan dan sebaliknya. Kita jangan melepaskan atau bertolak ansur dengan apa yang telah diperintahkan atau yang diwajibkan oleh Islam ke atas kita.


Inti pati demokrasi itu ialah bahawa orang ramai/rakyat boleh memilih pemerintah yang akan mentadbir mereka; rakyat mempunyai hak untuk memilih, mengkritik dan menamatkan pemerintahan mereka; dan rakyat tidak dipaksa untuk menerima sistem, trend, dan dasar yang rakyat tidak persetujui dan rakyat pula tidak diainaya. Mereka (rakyat) bebas mengadakan pilihan raya, pungutan suara, memastikan hak majoriti, melindungi hak minoriti, mempunyai pembangkang, mempunyai pelbagai parti politik, mempunyai kebebasan media/akhbar dan memiliki badan kehakiman yang bebas. Tetapi, sekali lagi, prinsip-prinsip Islam hendaklah diluhurkan dan dijaga, hukum yang telah sabit/sedia mantap ( al-thawabit), hukum yang telah putus ( qat'i), hal-hal pokok dalam agama (daruri) dan hal-hal yang bukan ijtihad--- mestilah tidak dikompromi dan tidak diabaikan.

Syura

Syura atau membuat keputusan secara perundingan mestilah diikuti. Syura tidak terlaksana semata-mata kerana sesuatu hal itu kita debatkan/bahaskan. Mengamalkan syura bererti kita lebih hampir kepada kehendak Islam, dan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan semangat demokrasi. Pengamalan syura adalah ibarat penemuan semula mutiara dan hikmah yang telah hilang.

Syura membolehkan musyawarah dijalankan, pendapat dan pandangan diperoleh. Menjadi tanggungjawab rakyat untuk menasihati dan merundingkan/mengemukakan syor dan saranan dan menegur kerajaan yang memerintah (ad-dinu nasiha) dan ini merupakan suatu pelaksanaan amar ma'ruf nahyu munkar - mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran -- sedangkan antara jihad paling besar dalam melaksanakan kewajipan amar ma'ruf nahy munkar itu ialah mengatakan yang benar di hadapan pemimpin yang zalim.

Keadaan Politik Ummah

Musibah ummah dulu dan kini ialah kerana tidak ada dan kerana tidak mengamalkan sistem syura sebaliknya menerima pakai sistem pemerintahan dinasti yang menindas. Dalam era moden, diktator mampu kekal mempertahankan kuasanya kerana mereka menggunakan kekuatan bala tentera dan emas - kuasa dan kekayaan - yang mengakibatkan Syariah dihalang daripada dilaksanakan, fahaman sekular dipaksakan dan budaya Barat dipakaikan kepada rakyatnya – semahu dan sekehendak diktator berkenaan. Dakwah Islam dan gerakan Islam pula dijadikan mangsa, diperkotak-katikkan, diugut, diancam, diperlakukan dengan kejam, dihumban ke penjara dan diburu semahu-mahunya dengan kejam.

Thursday, February 25, 2010

Kelahiran Rasulullah penyelamat golongan wanita

Dalam kehidupan zaman Jahiliyyah, golongan wanita dan kanak-kanak perempuan tidak ada tempat dalam kehidupan masyarakat Arab ketika itu.

Mereka dianggap golongan kasta atau kelas kedua atau ketiga, mereka dianggap barangan yang tiada nilai, ia boleh ditungganggi pada bila-bila masa dan boleh ditimbus pada bila-bila masa, mereka dianggap pembawa mala petaka kepada keluarga, justeru, mereka boleh dihapuskan dari muka bumi ini.

Golongan wanita dikenali sebagai pembawa penyakit HIV iaitu satu sindrom virus pada ketika itu kerana terlibat dalam pelacuran di luar kawalan, walau apapun mereka diperlukan oleh golongan lelaki bagi memuaskan nafsu serakahnya selepas selesai aktiviti harian mereka dalam pelbagi sektor.

Majoriti golongan wanita begitu, melainkan Aminah ibunda Nabi Muhammad s.a.w yang dipelihara oleh Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kedurjanaan, ini kerana Allah tidak izinkan baginda lahir dari seorang wanita bermasalah yang boleh menimbulkan masalah kepada baginda ketika hendak menyampaikan risalah Islam, malah dipertikaikan pula oleh masyarakat manusia di sekelilingnya, apatah lagi baginda membawa satu ajaran agama yang menjadi asing buat mereka.

Kedudukan wanita dan lelaki adalah sama dalam Islam

Dengan termeterainya kerasulan nabi Muhammad s.a.w, baginda telah menyamakan mereka dalam segenap tindakan dalam amal ibadat, penerimaan pahala, keimanan kepada Allah adalah sama antara lelaki dan wanita, malah jika terdapat di kalangan wanita yang lebih baik amal ibadat serta ketakwaannya kepada Allah, mereka adalah lebih mulia, kerana janji Allah dalam al-Quran bahawa sesungguhnya mereka yang terbaik adalah yang paling bertakwa di sisi Allah.

Walau bagaimanapun dalam bab jihad pula, golongan wanita tidak perlu mengangkat senjata untuk mati syahid dalam medan pertempuran menentang musuh Islam, cukup dengan membenar atau mengizinkan para suami mereka untuk berjihad dan mereka melaksanakan tuntutan sebagai muslimah sejati dengan tanggungjawab rutin sebagai hamba Allah, isteri atau ibu kepada anak-anak di rumah serta memelihara harga diri dengan baik.

Perbezaan mereka hanya pada sudut penutupan aurat, cara pemakaian, iaitu wanita dibenarkan memakai emas dan sutera sesuai dangan fitrah mereka, sementara orang lelaki diharamkan memakai kedua-dua bahan tersebut kerana tidak sesuai dengan cara, fitrah serta penemapilan mereka yang gagah dan berani.

Jihad seorang Wanita

Apabila disebut perkataan 'jihad', apakah yang terlintas di dalam fikiran kita? Serta-merta tergambar kesungguhan berkorban yang akan menimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! Semangat ini memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapan Islam serta kehendak Allah SWT.

Hakikat Jihad

Definisi jihad menurut syara' ialah seorang muslim menyerahkan tenaganya untuk mempertahan dan menyebarkan Islam bagi mencapai keredaaan Allah. Dari sini nanti akan terbentuk sebuah masyarakat Islam dan seterusnya akan terbina negara Islam yang sihat. Jihad mesti berterusan hingga ke hari qiamat. Martabat jihad yang paling rendah ialah jihad di dalam hati dan yang paling tinggi ialah berperang di atas jalan Allah. Mengorbankan waktu, harta dan kepentingan diri sendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga dikira sebagai jihad. Begitu juga dengan menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga merupakan sebahagian daripada jihad.

Bagimanakah kedudukan wanita dalam jihad?

Jawapan kepada persoalan ini mesti benar-benar difahami supaya sumbangan kita dalam jihad akan menguntungkan Islam. Oleh itu, kita perlu menyingkap kembali lembaran sejarah Rasulullah SAW untuk mengambil iktibar tentang persoalan jihad bagi kaum wanita.

Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani, pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' (wanita yang pintar berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"

Bersabda Rasulullah SAW:

"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian."

Pada ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya: "Wahai Rasulullah, perempuan manakah yang baik?"

Baginda menjawab: "Perempuan yang menggembirakan suaminya apabila sisuami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidak menyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannya atau dengan apa yang dibenci oleh suaminya."

Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam tanggungjawab agama sama ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah, kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah (nature) kaum wanita. Begitu juga dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Seandainya kaum wanita berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan pertempuran, tidaklah ditolak oleh Islam. Bagaimanapun tugas ini hanya dianggap sebagai sumbangan tambahan.

Kita perlu jelas jihad yang paling utama dan dituntut kepada setiap wanita ialah taat kepada suami dan mengakui hak suami, manakala jihad di luar rumah adalah sumbangan tambahan bagi mereka yang berbuat demikian.

Mudah-mudahan kita sama-sama dapat merenung bagaimana ajaran baginda Rasulullah s.a.w yang cukup relevan di setiap masa, tempat dan kedudukan manusia di sepanjang zaman untuk dilaksanakan sebagai cara hidup yang gemilang.

Wednesday, November 4, 2009

usrah, , jemaah dan daulah islamiyah


Sahabat2 wa sahabiah sekalian.. alhamdulillah pertama dan selamanye ana bersyukur pd Allah yg Maha Agung yg mustahil ade cela pd Nya kerana ana terpilih dan masih kekal berada dlm kumpulan yg ana kira memenuhi serta memiliki ciri-ciri yg dikehendaki oleh agama Allah.. Betapa pentingnya usrah dan jemaah islam ini wujud.. sehinggakan ia mnjadi tahap wajib.. kerana apa..kerana masih belum tersedianya daulah islamiyah.. mengikut kaedah usul fiqh.. Sesuatu yang wajib itu tidak akan jadi sempurna, melainkan dengan adanya perkara lain yang akan menyempurnakan kewajiban itu'. contoh yg biasa kite ketahui..wuduk dan solat.. solat itu wajib manakala wuduk itu sunat.. bagaimanapun hendak tunaikan solat itu perlu pd wuduk..maka wuduk itu hukumnya berubah menjadi wajib..justeru hukum mencari air juga menjadi wajib..mcmne nak dapat kan air? kena masukkan talian air ke rumah atau gali telaga..sekiranya duit xde nak masukkan talian air..maka bekerja mencari duit menjadi wajib supaya air itu dapat disalurkan..begitulah sahabat2 wa sahabiah sekalian..bilamana sesuatu yg menjadi wajib itu perlu dilaksanakan maka perkara2 yang membawa kepadanya turut akan menjadi wajib.. begitulah juga dgn usrah dan jemaah dlm pembentukan daulah islamiyah.. mewujudkan daulah islamiyah itu wajib maka segala proses yang membawa kpd pembentukan daulah islamiyah itu menjadi wajib.. fokus pada usrah.. mewujudkan usrah itu sunat manakala daulah islamiyah itu wajib.. mcmna nak bentuk daulah islamiya sekiranya tiada kumpulan yg mengerakkan ke arah itu..kerna mustahil daulah islamiyah itu wujud dengan bersahaja tanpa usaha dan perancangan.. so usrah itu menjadi wajib dlm usaha membentuk kumpulan yg menggerakan ke arah pembentukan daulah islamiyah..seterusnya mencari ahli usrah juga sudah pastinye menjadi wajib.. begitu lah sahabt sekalian..sekadar menanam kefahaman akan ape yg sedang shbt2 usahakan.. sentiasalah kite merasai kebersamaan Allah dlm diri serta meyakini akan balasan Allah atas usaha kecil yg kite lakukan ini...semoga kite terus tetap hati di 'halaman' ini yg tentunye menjanjikn syurga dan keindahan yg abadi dan tidak akan sekali-kali berbolak balik ke halaman yg menjauhkn kite dr perjuangan ini.. TAKBIRRRRRR!!!!!!!!!

MENCARI KEDAMAIAN